Selamat Datang ke Blog Unit Kokurikulum PPD Timur Laut

Marquee

Wednesday, September 29, 2010

Maklumat Kursus Kenaikan Pangkat Staf Sarjan (KRS) Peringkat Negeri Pulau Pinang 2010

Perhatian untuk makluman dan tindakan Penolong Kanan Kokurikulum dan Penasihat KRS sekolah menengah yang terlibat ;

PANDUAN PERINCIAN  KURIKULUM UNTUK KURSUS
STAF SARJAN (KRS) PERINGKAT NEGERI TAHUN 2010

1.0 Teras
    1.1  Memahami Kandungan Perlembagaan KRS
    1.2  Memahami Falsafah Aktiviti Bersepadu KRS

2.0  Aktiviti Kemahiran KRS
     2.1  Disiplin dan Kerohanian
            2.1.1  Menghafaz 2 hadis pendek dari buku ” Hadis Empat Puluh”
            2.1.2  Menghafaz ayat Bismillah 5
            2.1.3  Menghafaz ayat 21-24 surah Al-Hasyar
            2.1.4  Pengucapan Awam
                        -  Boleh menceritakan sekurang-kurangnya 2 tokoh Pahlawan Negara
                        -  Menghormati Ibubapa
                        -  Peraturan hidup berjiran

2.2    Ketahanan Diri dan Kebudayaan
2,2.1  Kawad – memberi arahan untuk pergerakan sendiri dan platun
2.2.2  Kemahiran dan Kecergasan -  Jalan kaki 8 km/Abselng/Flying Fox/Reppeling
2.2.3 Pertolongan Cemas – teori/praktikal pertolongan cemas dan teknik usungan
2.2.4  Aktiviti Alam Sekitar – kenalpasti jenis-jenis tumbuhan dll.
2.2.5  Keusahawanan – Projek Kraftangan yang mempunyai nilai komersial

3.0   Pengukuran dan Penilaian
        3.1  Ujian Teori – Kurikulum Latihan dan Perlembagaan KRS
        3.2  Ujian Praktikal  - Kawad / Lain-lain kemahiran seperti di atas.

Semua bahan untuk rujukan adalah berdasarkan kandungan yang terdapat dalam Buku Panduan Pengurusan Kadet Remaja Sekolah yang telah dibekalkan kepada setiap sekolah.

Friday, September 24, 2010

Mesyuarat Sekretariat KRS Daerah Timur Laut 2/2010

Untuk makluman tuan, mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh                : 27 hb. September 2010 (Isnin)
Masa                : 2.30 PETANG
Tempat             : Bilik Mesyuarat,
                          Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut,
                          25, Jalan Sultan Ahmad Shah, 10050 Pulau Pinang.

   Penama di bawah diminta hadir.

Yusri b. Rahmat
SMK Hj. Zainul Abidin, PP
Rosmah bt. Mansor
SMK Tanjung Bunga, P.Pinang
Mohd. Mahathir Latiffy b. Abdul Rashid
SK Tanjung Bunga, P.Pinang
Mohd Faizul Nazwan b. Foizi
SK Wellesley, P.Pinang
Nor Faizah bt. Abdul Hamid
SMKP Sri Mutiara, P.Pinang
Cik Norzatul Iffah bt. Omar
SK Hutchings, P.Pinang
Cik Zainab bt. Rejab
SMK Convent Pulau Tikus, P.Pinang
Khairul Adly b. Abu Hashim
SK Kg Jawa, P.Pinang
Anuar Faisal b. Yahaya
SK Hamilton, P.Pinang
Yusazeman b. Yusop
SMK Georgetown, P.Pinang

Wednesday, September 22, 2010

Kursus Kenaikan Pangkat Staf Sarjan (KRS) Peringkat Negeri Pulau Pinang 2010 - UPDATE

Untuk makluman dan tindakan semua Guru Penolong Kanan Kokurikulum sekolah menengah Daerah Timur Laut. Kursus tersebut di atas yang dijadualkan  pada 2, 3 & 4 Oktober 2010 bertempat di PLKN Bukit Besar, Kulim, Kedah Darulaman telah ditunda kepada tarikh 10, 11 dan 12 Oktober 2010. Surat makluman ke sekolah akan disusuli kemudian. Harap maklum.

Aktiviti Kokurikulum Sekolah Selepas UPSR Untuk Murid Tahun 6

Untuk perhatian dan tindakan semua Penolong Kanan Kokurikulum SK/SJKC/SJKT Daerah Timur Laut.
Merujuk kepada Surat Pekeliling Iktisas Bil.9/1995 - Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan UPSR Bagi Murid-Murid Tahun 6, Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 19 Oktober 1995 adalah diharapkan pihak tuan dapat mengambil tindakan sewajarnya untuk tujuan tersebut.
Surat makluman telah dikeluarkan kepada sekolah. Pihak tuan diminta melengkapkan Borang Perancangan Aktiviti Kokurikulum Selepas UPSR 2010 dan kembalikan ke Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut - UP: Pegawai Kokurikulum sebelum 30 September 2010.

Tuesday, September 21, 2010

Kursus Kenaikan Pangkat Staf Sarjan (KRS) Peringkat Negeri Pulau Pinang 2010

Untuk makluman dan tindakan semua Guru Penolong Kanan Kokurikulum sekolah menengah Daerah Timur Laut. Kursus tersebut di atas akan diadakan pada 2, 3 & 4 Oktober 2010 bertempat di PLKN Bukit Besar, Kulim, Kedah Darulaman. Setiap sekolah menengah dikehendaki mencalunkan seorang pemimpin KRS berpangkat Sarjan dari tingkatan 4 sahaja. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Pegawai Kokurikulum PPD Timur Laut. Bagi sekolah yang masih belum menghantar nama peserta diharap dapat menghantarkannya dengan kadar yang segera ke unit Kokurikulum JPN atau PPD Timur Laut. Sekian untuk makluman.

Monday, September 20, 2010

Borang data peruntukan kokurikulum 2010

Semua Penolong Kanan Kokurikulum sekolah menengah dan rendah bagi daerah Timur Laut diminta muat turun Borang Laporan Peruntukan Kokurikulum 2010 dari laman web http://www.ukkpp.blogspot.com. Sila hantar borang tersebut secara 'hardcopy' dan 'softcopy' kepada Pegawai Kokurikulum PPD Timur Laut sebelum  31 hb.Oktober 2010. Untuk 'softcopy' sila emailkan kepada alamat email seperti berikut; unitko_tl@yahoo.com.